Blinkie Text Generator at TextSpace.net

Sunday, June 12, 2011

✿ Biarkan ✿

?????? ????? ? ???? ???? ? ??????

Biarkan..
Biarkan sahaja perasaan itu..
Siapalah aku untuk menghalang perasaan itu..
Aku hanyalah seorang insan yang kerdil dari segala-galanya..
Aku tak mampu memiliki dirinya seorang sahaja..
Itu kehendaknya..haruslah aku turut kan sahaja..
Biarkan..
Biarkan aku terus dan terus mencintainya..
Melayankan sahaja perasaan cinta yang mendalam dijiwa..
Dibuai mimpi, angan-angan dan sebuah harapan yang membara..
Dinodai dengan kerinduan yang tak terkira..
Kerna diriku ini tak pernah putus-putus mendambakannya..
Biarkan..
Biarkan apa yang hendak dilakukannya..
Harapan ku cuma dia baik-baik sahaja..
Tidak tersepit dengan pelbagai rasa..
Aku tahu dia dalam dilema..
Tidak akan pernah aku memaksa..
Biarkan..
Biarkan sahaja aku menyayanginya dan mencintainya..
Menahan segala kesulitan yang ada..
Memperjuangkan sebuah rasa cinta..
Tidak kisah dengan apa yang orang kata..
Akan ku hadapinya dengan sebaik-baiknya..

p/s :: Saya hargai kerna bersikap jujur, meskipon ia pahit tapi saya merasa lega dan bersyukur..saya tidak menyalahkan diri kamO..

0 comments:

Post a Comment